3 GAMBAR Abby, Norman, Memey Berbuka Puasa Bersama



Syukur! Abby & Memey Kini Sudah Berbaik Di sebalik kisah sensasi dan panas yang timbul mengaitkan pelakon wanita, Abby Abadi yang dicanang meluas sejak akhir-akhir ini, ini adalah satu khabar gembira yang mungkin kita sendiri tidak terfikir. Umum mengetahui yang Abby langsung tidak boleh bersua muka dengan isteri bekas suaminya, Memey Suhaiza. Semuanya kerana kes Norman Hakim ditangkap khalwat beberapa tahun lepas bersama Memey di pejabat rasmi Norman. Kes itu menyebabkan rumah tangga antara Abby dan Norman kecundang walaupun mereka sudah pun dikurniakan dengan tiga orang anak ketika bersama. 


Semenjak itu, Abby memang langsung tidak boleh bertemu atau bercakap apatah lagi diminta mengulas tentang perkahwinan kedua Norman bersama Memey. Namun, semalam semuanya telah berubah dengan kuasa Allah S.W.T. Setelah empat tahun mereka seperti ‘berperang’, akhirnya Abby dan Memey telah pun berbaik dan boleh bertentang mata. Abby telah pun menjemput Norman dan Memey datang ke rumahnya untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak mereka. Hubungan baik mereka jelas terpancar melalui gambar yang mereka ambil selepas selesai solat maghrib bersama-sama semalam. Menerusi Bisik Buzz oleh FF di saluran radio Hot.FM, Farah Fauzana (FF) telah pun menghubungi Memey pagi tadi untuk mendapatkan pengesahan tentang cerita yang mereka berdua telah berbaik.

 Ternyata, Memey melahirkan rasa syukur kerana cerita yang tersebar cepat itu yang mengatakan mereka berdua sudah berbaik adalah benar-benar berlaku. “Sebenarnya semalam, Memey dan abang Norman telah berbuka puasa di rumah Kak Abby. Alhamdulillah, kami berbuka bersama-sama. Selepas berbuka, kami solat Maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh abang Norman sendiri. “Memey rasa bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun kami tidak berapa baik, doa orang ramai telah pun dimakbulkan. Jadi, Memey berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagian Memey, abang Norman, kak Abby dan anak-anak,” luah Memey gembira.


 Bukan itu sahaja, gambar Memey dan Abby yang memakai telekung yang sama juga turut dirakam membuktikan mereka sudah boleh berjumpa. “Sebenarnya, gambar itu ditangkap selepas selesai solat Maghrib. Memey pakai telekung Memey sendiri. Tapi, kak Abby berikan telekung yang sama dengan kak Abby kepada Memey. Jadi, Memey tukar pakai telekung tu. Tu yang kami tangkap gambar,” katanya. Selain itu, Abby sendiri turut berkongsi cerita gembiranya itu di laman Twitternya. Syukur! Syukur! Mereka berdua sudah berbaik. Nampaknya, penghijrahan Abby itu dilakukan sejajar dengan niatnya yang ditanam dalam hati. Semoga, hubungan mereka akan terus baik dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.  

Sumber :Here


Responses

0 Respones to "3 GAMBAR Abby, Norman, Memey Berbuka Puasa Bersama"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com