Produk Kecantikan Terbaru Safi Balqis Perfect 10



Salam semua, tengah belek2 akhbar Kosmo! tadi, me terbaca iklan pasal produk terbaru keluaran Safi iaitu Safi Balqis Perfect 10. pompuan memang pantang sikit gan produk kecantikan ni, selagi kulit muke tak secerah dan seputih bedak sejuk, selagi tu nak try macam2 produk muka. memang dah jadi mind set owang kite yang kata putih tu cantek. tapi kalo omputeh nak pulak kulit gelap sampai sanggup berjemur tengari.

Safi Balqis Perfect 10 diformulasi dengan Nano Biowhite. me saja buat entry pasal ni kut2 ade yang dah penah try boleh share testimoni kat sini. kut2 lah berkesan me nak gak cube heeee....



10 manfaat produk Safi Balqis Perfect 10 yang boleh didapati sekitar harga RM6.50 hingga RM25.90 :



  • 1. Memudarkan pigmentasi
  • 2. Menyamaratakan tona kulit
  • 3. Melindungi dari sinar UV
  • 4. Mencerahkan kulit
  • 5. Melindungi dari radikal bebas
  • 6. Meningkatkan keelastikan kulit
  • 7. Menghidratkan kulit
  • 8. Mengekalkan lembapan
  • 9. Menghaluskan kulit
  • 10. Melembutkan kulit
10 rangkaian produk SAFI BALQIS PERFECT 10:

1) Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit yang kusam serta tona yang tidak sekata membuat wajah kelihatan tidak bermaya. Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit.



2) Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit berminyak mudah dijangkiti bakteria dan kotoran. Pembersih Wajah Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca wajah mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.



3) Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 (100 g – RM11.40)
Sel kulit mati dan kotoran akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kini Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran di samping mencerahkan kulit.



4) Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 (100 ml – RM8.20)
Gunakan penyegar sebagai persediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 tanpa alkohol dan tidak melekit mencerah sambil mengetatkan pori pada wajah.


5) Serum SAFI BALQIS Perfect 10 (20 ml – RM25.90)
Penggunaan serum penting kerana molekulnya mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan pantas. Serum SAFI BALQIS Perfect 10 bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit. Belailah kulit anda dengan penjagaan yang intensif.



6) Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang menjadi punca kulit gelap. Kini Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 mengandungi perlindungan UV ekstra, bertindak melindungi kulit dengan lebih efektif.



7) Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Waktu malam kulit kita paling reseptif untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Kini Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 membantu proses pencerahan sel-sel kulit dengan lebih intensif.



8)Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 (15 g – RM12.90)
Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV. Kini Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.



9) Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 (16 g – RM7.90)
Tona kulit yang tidak sekata menjejaskan penampilan. Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil bertindak sebagai asas solekan di samping menutup noda dan cela dengan sempurna.


@: sape nak beli? uhuh me tak jual pon promote aje :D



Responses

22 Respones to "Produk Kecantikan Terbaru Safi Balqis Perfect 10"

Anonymous said...

dulu kulit muka saya berjerawat yang besar2berisi nanah..banyak di bahagian pipi..bayak produk sy cuba termasuk rawatan di pusat kcantikan dermalogika.namun, jerawat masih naik..setelah 3 bulan tiada perubahan saya bertukar kpd produk safi balqis perfect 10..dlm masa 2 minggu saja, jrawat besar2 semakin surut..selepas sebulan pipi sy semakin lembut dan bebas dari jrawat bernanah tu..alhamdulillah..


June 8, 2011 at 8:57 PM
Anonymous said...

saye just pkai safi pencucui muka safi perfect 10, toner n serum...
b4 pkai safi, jerawat mmg sgt2 byk, bole kata penuh 1 muka smpai takut nk tgok cermin..so bile rase cm kne wat something b4 jerawat mkin bertambah byk so sye g la tnye kwan n roomate sye pn pkai safi ni gak..tp kulit die mmg putih melepak n die pkai sjak kcik lg..so saye pn beli la..just beli safi yg kcik je dulu..mula2 pkai cm sme je..tp ble mcm da 2 minggu bru nmpk prubahan skit..so sye beli toner n serum..then sume jerawat da xde lpas da pkai 3 botol pencuci muka..lme la gak kn..skrg ni juz tinggal bintik hitam n merah2..tp insyaalah sesiapa yg nk try pkai safi ni sile la pkai sbb sgt bgus...<3


December 28, 2011 at 4:38 AM
Anonymous said...

Ye...korang nk tau...blm smpai smggu sye pkai produk ni dah nmpak sdikit prubahan....gembira nye hati....pasni nak lekat trus dgn safi balqis je..tak nak tukar2 lg....=)


February 3, 2012 at 8:17 PM
Anonymous said...

yup btl tu dulu muka saya mak i...jerawat...tumbuh mgalahkn duit masuk..heheheh tp bila sy try guna safi nie....syukur...hilang dah just bintik2 itam lah lg...=)


February 10, 2012 at 1:16 PM
Anonymous said...

Nak beli 1 set je almost RM100+. But it's okaylah kan, nak muka cantik punya pasal. Sanggup berhabis duit. Harap-harap ini membantu kembalikan kesegaran kulit muka saya yang semakin hari semakin kusam gara-gara kurang tidur.


March 26, 2012 at 11:16 PM
Anonymous said...

Ntah2 komen tu semua org yg sama..x caye2


April 12, 2012 at 5:03 PM
Anonymous said...

haha....suma anonymous ja tu. ayat2 pun macam hampir sama ja. ntah la betul ka x. hehe lucu pla baca. ada yang cakap kawan dia guna dari keci. safi ni kan baru lagi. adoiii....haha... tapi kan, ada betul juga safi ni. sy guna hampir 2 tahun tapi baru2 ni kulit muka n leher sy kena jangkitan. teruk sampai bengkak. jumpa la pakar kulit d kk. dr tu tanya sy pakai produk apa, sy bagitau la safi balqis perfect 10./ pastu dia cakap, produk kecantikan yang dihasilkan di malaysia xbagus untuk kulit. ntah la...try la mary kay pla. mahal oi. tapi bagus. :)


May 10, 2012 at 12:33 AM
Ibrahim Ismail said...

Nampak sangat ayat2 kat atas tu direka saja. Saya sudah menggunakan Safi Balqis Perfect 10. Tak berkesan langsung! Bangun pagi sama je, takde perubahan walaupun dah habis pakai.

Saya berbalik semula kpd Ginvera Green Tea night cream. Mmg mahal jugaklah RM30 tapi berbaloi. Korang pakai malam ni, esok dah leh nampak kesan dia. Lagi satu dia terus meresap masuk dlm kulit.. sangt lembut dan tak berminyak..

Sblom ni saya pakai Safi Balqis Perfect 10 pun sebab murah, sekali takde efek.. berminyak je muka waktu pagi tu.


June 10, 2012 at 9:02 PM
Anonymous said...

setiap orag kulit mukanya tidak sama.. tidak semestinya kalau org itu pakai produk ni bagus dan kita guna juga bagus.. :(


October 9, 2012 at 4:26 PM
eiyaa harniey said...

assalam... sy nk tny , kulit sy berjerawat n bg sy agak teruk lah kottt .. safi ape yg perlu sy pki .? xtaw nk pki ape dh .. mcm2 dh try ..


November 20, 2012 at 2:54 PM
ADMIN said...

@eiyaa: The best solution is pergi jumpa pakar kulit or skin specialist.
sebab produk kecantikan ni hny berfungi dr luaran aje sbg pemutih etc..once kulit berjerawat, produk cegini boleh menambah keterukan jerawat coz minyak/sebum, chemical, fragrance y sensitive dgn kulit muka.

so first step pegi jmp pakar kulit n dapatkan ubat y mengandungi isotretinoin. doc pakar kulit memang ada ubat ni n 100% merawat jerawat dr dalam n luar

lepas jerawat dah takde baru boleh cerah n gebukan muke :)

# simple tips from me :)


November 21, 2012 at 11:50 AM
Anonymous said...

Hairan bila tgk org berhabis duit sbb nk cantik. Budak sekolah pun tak sayang duit bli benda mcm ni. Beli buku rujukan lg elok.. Seumur hidup, pakai sabun mandi je cuci muka..


December 18, 2012 at 12:10 AM
Anonymous said...

haha,enth la,tp cra tbaik nk brshkn mke ambk air smbhyg jew,,hheehe:-)


January 6, 2013 at 12:56 PM
zura said...

salam, I'm Zura, a girl from Perlis. I'm turning 27 this year..hehe. Just nak share my experience.. I start pakai safi balqis sejak belajar di UiTM Shah Alam. Waktu tu age dlm 20 o 21..dh tak bape nk ingat. So dh dlm 6 thn pakai safi balqis ni. Actually seumur hidup muka I mmg tak lekang dr jerawat n gelap coz I'm a sports and camping lover. Jerawat start hilang lps pakai clearasil deep cleanser. Tapi tak selesa pakai sbb takde buih. So gatal2 try safi yg one of my roommate bagi (coz experiment kt muka dia xberjaya n dia pas kt I,dia pakai dlm 2 mggu kot). I memang tawakkal sbb dh mcm2 produk I try termasuk safi hijau dulu.. semua fail. I bagi masa kt diri I utk try 3 bulan...konsistent. I pakai 3 kali tiap hari..pg, tgh ari o ptg, n mlm b4 tido. FYI, I just guna pencuci,toner n krim kecantikan. Alhamdulillah berkat kesabaran slps 3 bulan, hasilnya memang WALLLLAH!! Kwn2 ada yg heran mn peginya jerawat ngan parut2 yg banyak kt muka dulu..hehe. Baru2 ni I keja resort kt satu kampung ni, orang kt situ gelar I budak putih sbb tak tau nama..hehe. Sbb I mmg dh putih skarang ni tak mcm time study dulu..huhu perasan ckt. So smpai sekarang I still guna Safi balqis Perfect 10 n rasanya tak mau tukar lg.. Takut SEJARAH MUNGKIN BERULANG


January 9, 2013 at 1:04 PM
eeda haziq said...

saya dh pakai safi ni 7 tahun.. memang sesuai dengan kulit muka saya.. saya tetap akan setia dengan safi perfect 10 ... :D


March 26, 2013 at 5:35 PM
Anonymous said...

toner safi balqis perfect 10 mengandungi paraben...


April 1, 2013 at 5:21 PM
Anonymous said...

kulit sy jenis snsitif, banyak cuba produk x beri kesan pun, nak guna safi ne..tpi kbnyakan bahannya mengandungi paraben & petrolatum...bahaya utk kesihatan :(


April 18, 2013 at 2:09 PM
suker-suker said...

Safi ad sejak kecil lg..yg perfect 10 tu jer bru..sy pn penah gna tp xsesuai.
Kwn2 gna mmg cerah n cun muka diorg.
Kesimpulannya,len org len hasilnya..


April 26, 2013 at 10:50 PM
suker-suker said...

Sy pn penah guna safi balqis tp xsesuai..tp org len pkai lawo jer..jeles I..hehe


April 26, 2013 at 10:51 PM
suker-suker said...

Safi ad sejak kecil lg..yg perfect 10 tu jer bru..sy pn penah gna tp xsesuai.
Kwn2 gna mmg cerah n cun muka diorg.
Kesimpulannya,len org len hasilnya..


April 26, 2013 at 10:52 PM
Anonymous said...

kalau kirim ke indonesia bisa ngak ? saya cari di sini ngak ada yang jual.


May 11, 2013 at 5:39 PM
Pai said...

Gel Pengelupasan Syahirah *which came under the same company with Safi & Ginvera* ada mengandungi paraben. Hati-hati ya kamu semua sebelum pakai produk tempatan. :)


May 28, 2013 at 12:05 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com