20 Perkahwinan Selebriti Malaysia Paling Sensasi 2010



Tahun 2010 menyaksikan ramai selebriti dan artis yang mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan mereka. masing-masing nak menamatkan zaman bujang, janda dan duda. jum ikuti perkahwinan selebriti sepanjang tahun 2010 ini.




20 Perkahwinan Selebriti Malaysia Paling Sensasi 2010




  • 1. Bintang Raja Lawak 2, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, dengan bintang Akademi Fantasia 4, Zila Seeron, 21.
  • 2. Anak produser filem Raja Azmi, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem Mohd Shadan Hashim, 34.
  • 3. Pelawak, pelukis terkenal, Abdul Rahim Muda, 50 atau Imuda dengan Zabarina Haja Mushadi Ali, 28.
  • 4. Pelakon, penyanyi, Datin Paduka Umie Aida, 37, dengan usahawan, Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan, 47
  • 5. Aktor Zizan Nin dengan penyampai TV9, Fazilah Hani Harun
  • 6. Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, dengan Faizal Sazali Zulkifli, 44
  • 7. Pengarah filem Aziz M Osman, 48, dengan pelakon, Puteri Lily Lokman, 21
  • 8. Pelakon, WafaTan Sri Abdul Kadir, 44, dengan jurutera Tajul Faizal Tamimuddin, 44
  • 9. Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35 dengan Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23.
  • 10. Aktres Aida Aris dengan Ketua Pramugara Husfarid Shaikh Ali@Shaikh Hussain
  • 11.Pengacara Jimmy Shanley dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy
  • 12. Pensyarah dan penyanyi Dia Fadila dengan Redza Tan Sri Hj Abdullah Sanusi
  • 13. Penyanyi Bienda atau Norrazlinda Razli, 25, dengan Kamarul Zariman Abd Rahman atau Boy
  • 14. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzzafar Shah Shukor dengan Dr Harlina Mohd Yunos
  • 15. Pelakon, penyanyi, Aqasha atau Firdee Aqasha Rosli dengan kakitangan Astro, Baizura Sabri
  • 16. Penyanyi, Siti Saerah dan Saiful Anuar
  • 17. Pelakon, Raja Farah Raja Aziz , 22, dengan ahli perniagaan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25.
  • 18. Penyanyi, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 23, & Khairul Anuar Hussin, 35.
  • 19. Pelawak, pelakon, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, 54, dengan Siti Hawa Shawal, 45
  • 20. Pengaraca E! News Asia, Marion Rose Caunter dengan usahawan SM Nasaruddin







    Kisah 20 Perkahwinan Selebriti Paling Sensasi 2010

    1. Bintang Raja Lawak 2, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, dengan bintang Akademi Fantasia 4, Zila Seeron, 21.

    Bintang Raja Lawak 2, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 27 bersama bintang Akademi Fantasia 4, Zila Seeron, 21 menjadi pasangan selebriti pertama yang membuka tirai pada tahun 2010 menerusi perkahwinan mereka.

    Sesudah mengikat tali pertunangan pada 9 November 2008, akhirnya, Along sah menjadi suami kepada Zila Seeron dengan 2 kali lafaz sewaktu mereka diijabkabulkan pada 23 Januari 2010.

    Apa yang menarik, Along telah memberikan wang hantaran berjumlah RM 17, 119.01 kepada Zila sebagai simbolik kepada tarikh lahir mereka berdua iaitu Zila pada tanggal 17 November (1711) manakala Along pula 19 Januari (1901). Mas kahwin pula adalah sebanyak RM 200.

    Menerusi majlis persandingan mereka yang telah diadakan di Dewan Serbaguna (MPJBT), Taman Johor Jaya, Johor Bahru pula, Along dilihat telah mengenakan konsep pakaian yang dilihat seperti putera dracula dengan pemilihan rona warna hitam dan putih.

    2. Anak produser filem Raja Azmi, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem Mohd Shadan Hashim, 34.

    Perkahawinan anak sulung kepada produser filem yang penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dengan bekas jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek adalah antara majlis perkahwinan yang paling meriah serta grand pada tahun 2010 ini.

    Puteri Suraya Mohd Jalani telah diijabkabulkan bersama pengarah filem ... Dalam Botol, Mohd Shadan Hashim dalam suasana majlis pernikahan yang berlatar belakangkan adat istiadat Jawa pada 20 Feburari 2010.

    Menariknya, mereka telah melangsungkan majlis perkahwinan selama 3 malam berturut-turut dengan penuh meriah dan mengikut adat resam masyarakat Melayu Diraja dan Jawa.

    Tidak hairanlah mengapa keseluruhan perbelanjaan perkahwinan Suraya hampir mencecah RM200,000. Kini Raja Azmi mungkin lebih gembira apabila Suraya telah disahkan hamil dan kandungannya sudah mencecah dua bulan.

    3. Pelawak, pelukis terkenal, Abdul Rahim Muda, 50 atau Imuda dengan Zabarina Haja Mushadi Ali, 28.

    Selepas lama menduda, hasrat Imuda untuk berkahwin lagi akhirnya telah dimakbulkan Tuhan. Pelawak serta pelukis ini akhirnya selamat diijabkabulkan dengan penolong pengurus sebuah bank, Zabarina Haja Mushadi Ali m yang jauh lebih muda daripadanya pada tanggal 20 Februari 2010.

    Menariknya, perbezaan umur sebanyak 22 tahun di antara pasangan ini juga tidak nampak begitu ketara. Sebaliknya, pasangan mempelai ini yang nampak sama cantik sama padan serta kelihatan sedondon mengenakan busana pengantin kuning keemasan tajaan Jalinan Kasih.

    Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Daearah Timur Laut dengan mas kahwin sebanyak RM1001 serba satu beserta sebentuk cincin, wang hantaran RM30,000 serta 9 dulang berbelas 11 daripada pihak pengantin perempuan.

    4. Pelakon, penyanyi, Datin Paduka Umie Aida, 37, dengan usahawan, Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan, 47

    Biarpun sebelum berkahwin sudah banyak spekulasi kurang enak yang diperkatakan tentang calon suaminya, antaranya ialah dia tidaklah sekaya mana serta kononnya bukanlah usahawan tulen, namun jodoh Umie dengan Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan memang cukup kuat.

    Namun, kontroversi sekali lagi tercetus bila Umie memilih untuk menikah dengan Khairuddin di Tanah Suci Mekah pada 14 Mac 2010. Lebih pelik lagi bila tiada sebarang gambar yang diambil di antara Khairuddin dengan si jurunikah.

    Mungkin begitu agaknya polisi di Mekah. Tiada siapa yang dibenarkan mengambil gambar sewaktu berlangsungnya ijabkabul di di situ.

    Duta pusat kecantikan Marie France Bodyline ini kemudian melangsungkan majlis persandingannya dengan gah dan mewahnya di Hotel One World, Bandar Utama, pada 23 Mac 2010.

    Umie yang memilih persalinan berwarna merah darah rekaan pereka terkenal Jovian Mandagie pada majlis resepsi itu telah menerima kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selain keluarga dan rakan-rakan artis sebagai tetamu kehormat.

    5. Aktor Zizan Nin dengan penyampai TV9, Fazilah Hani Harun

    Jika aktres, Datin Paduka Umie Aida dan suamnya memilih untuk menikah di Tanah Suci Mekah, lain pula halnya aktor Zizan Nin dengan pasangannya.

    Mereka memilih tanah suci Mekah sebagai destinasi untuk mereka menunaikan ibadah Umrah sekaligus berbulan madu bersama-sama selepas menjalinkan ikatan yang sah sebagai suami isteri.

    Pelakon Teater Muzikal Tun Mahathir musim yang pertama ini telah mengakhiri zaman bujangnya dan juga bergelar suami kepada pembaca berita TV9, Fazilah Hani Harun di Masjid Negara pada 19 Mac 2010. .

    Apa yang pasti, pasangan sama cantik sama padan ini telah mengadakan majlis resepsinya dengan memilih rona putih dan merah jambu sebagai tema keseluruhan majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda pada 21 Mac lalu.

    6. Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, dengan Faizal Sazali Zulkifli, 44

    Keputusan yang dibuat oleh bekas vokalis kumpulan Aishah & The Fan Club untuk mengahwini seorang duda anak 6 iaitu Faizal Sazali Zulkifli di Narathiwat, Thailand pada 30 April 2010 telah mengejutkan banyak pihak.

    Mengapa dia perlu berkahwin di Siam? Adakah kerana berpoligami? Namun Aishah menepis dakwaan tersebut.

    Penyanyi lagu Janji Manismu ini memberitahu dia berkahwin di sempena Thailand kerana suaminya masih belum mendapat surat cerai dan perceraian suaminya dengan bekas isteri juga tiada kena-mengena dengan dirinya,

    7. Pengarah filem Aziz M Osman, 48, dengan pelakon, Puteri Lily Lokman, 21.

    Siapa sangka perkenalan dengan pelakon, Puteri Lily Lokman, 21, sewaktu menjalani penggambaran drama, Lakar, pada Mei tahun lalu telah mencetuskan bibit-bibit cinta di antara Aziz M Osman dengan anak pengarah teater Lokman Ghani ini.

    Akhirnya kedua-dua mereka telah diijab kabulkan di Masjid Negara Kuala Lumpur, pada 6 Jun 2010.

    Hanya dengan sekali lafaz saja, Aziz, 48, akhirnya sah memperisterikan Lily sewaktu dia diakad oleh bapa Lily sendiri, Lokman sambil disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdullah Hashim.

    Biarpun ini adalah perkahwinannya yang keempat, namun Aziz yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem XX-Ray dan Puteri Impian ini menganggap ia adalah perkahwinan ketiga selepas perkahwinan sebelumnya menjadi satu kesilapan.

    8. Pelakon, WafaTan Sri Abdul Kadir, 44, dengan jurutera Tajul Faizal Tamimuddin, 44.

    Sesudah 10 tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, akhirnya aktres Wafa Tan Sri Abdul Kadir, 44, telah selamat diijabkabulkan dengan seorang duda anak satu, Tajul Faizal Tamimuddin, 44, yang juga bekas rakan sekolan rendahnya di Masjid AT-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada 11 Jun 2010 lalu.

    Wafa yang mengaharapkan perkahwinannya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat hanya mengadakan majlis pernikahan secara kecil-kecilan untuk keluarga terdekat dan sahabat handai serta tiada majlis respsi yang mereka adakan.

    Wafa memiliki 4 cahaya mata lelaki hasil daripada dua perkahwinan terdahulu. Menerusi perkahwinan yang pertama, Wafa dikurniakan Muhd Luqman Yusof, 23 tahun, manakala bagi perkahwinan kedua, dia memperloehi 3 cahaya mata lelaki iaitu Muhd Hakiim Abd Raouf, 15, Muhd Kamil Abd Raouf, 14 dan Muhd Adib Abd Raouf, 12.

    Manakala duda anak satu ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Amira Adiba berusia 13 tahun.


    Biarpun pernah gagal dengan perkahwinan keduanya bersama penceramah bebas Akhil Hay, nampaknya Maizawati Zainal tidak pernah serik untuk berumahtangga semula.

    Malah apa yang memeranjatkan ramai pihak dia berkahwin dengan lelaki yang jauh muda daripadanya apabila pemuda bernama Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, sebagai suaminya. Mereka berkahwin pada 9 Ogos 2010..

    Nama Maizawati Zainal, 35, mula mendapat perhatian apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen mengenai masalah rumah tangga yang dibina bersama Akhil, 40, pada Mei tahun lalu.

    Selepas pasangan itu bercerai pada 15 Julai 2009 dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Akhil kemudian menamatkan spekulasi dan kontroversi membabitkan hubungannya dengan Waheeda yang dianggap sebagai punca keretakan rumah tangganya selepas mengahwini penyanyi dan pelakon itu pada 16 Ogos 2009.

    10. Aktres Aida Aris dengan Ketua Pramugara Husfarid Shaikh Ali@Shaikh Hussain

    Biarpun perkahwinan keduanya bersama penerbit rancangan televisyen, Bob Azrai pada 2005 gagal diikuti dengan hubungan cintanya yang dibina selama tiga tahun bersama Zul Handy Black juga hanya mampu bertahan di sekerat jalan, namun Aida Aris tidak serik untuk berumah tangga buat kali yang kedua.

    Tanggal 4 September 2010 yang lalu pelakon serta model tinggi lampai ini telah melangsungkan perkahwinannya bersama seorang duda yang juga Ketua Pramugara sebuah syarikat penerbangan iaitu Husfarid Shaikh Ali@Shaikh Hussain.

    Menariknya, mereka mengambil keberkatan bulan yang mulia iaitu Ramadan untuk mengikat ikatan yang halal lagi suci murni itu.

    Oleh itu majlis pernikahan yang diadakan di rumah Aida di Taman Sierra Ukay, Ampang itu telah diadakan dengan cukup sederhana dan sempurna.

    Apa-apa pun kedua-dua mempelai begitu anggun sekali di hari pernikahan mereka apabila masing-masing mengenakan busana serba kelabu dengan berlatar belakangkan pelamin yang dihiasi ros merah.


    Biarpun usia perkahwinan pengacara Trek Seleriti, Jimmy Shanley dan pasangannya Eliani Datuk Suhaimy yang juga anak kepada seorang pemilik jutawan kosmetik, baru mencencah dua bulan, namun sudah ada gosip yang mengatakan bahawa rumahtangga mereka dilanda badai.

    Jimmy menyifatkan semua dakwaan dan fitnah yang tidak berasas itu sebagai perkara biasa sebagai seorang artis. Malah dia lebih senang untuk tidak mempedilkannya dan berdiam diri tanpa mahu mengulsa lanjut mengenai perihal rumah tangganya.

    Namun pasangan yang telah disatukan dengan ikatan murni, pada 1 Oktober 2010 ini masih lagi bersama dan rumahtangga mereka juga nampaknya lebih bahagia apabila menerima berita kehamilan Suhaila yang telah menjangkau sebulan itu.

    Jimmy mula mengenali Suhaila sejak 4 tahun lalu sewaktu menjalani penggambaran Trek Selebriti di Genting Highlands, Pahang.

    12. Pensyarah dan penyanyi Dia Fadila dengan Redza Tan Sri Hj Abdullah Sanusi

    Biarpun baru enam bulan mengenali hati budi masing-masing, penyanyi dan pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Dia Fadila tidak teragak-agak untuk mengahwini lelaki yang kini sudah menjadi suaminya, Redza Tan Sri Hj Abdullah Sanusi.

    Dia Fadila yang diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu menganggap perkahwinannya itu sebagai jodoh dan ketentuan dari Tuhan Maha Esa.

    Dia Fadila yang mengenakan persalinan berwarna krim rekaan Bill Keith pada hari pernikahannya itu telah menerima mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran, sepasang telekung dan wang tunai sebanyak RM 2309.84 sebagai simbolik kepada tarikh hari lahirnya.

    13. Penyanyi Bienda atau Norrazlinda Razli, 25, dengan Kamarul Zariman Abd Rahman atau Boy

    Sehingga kini masih ramai yang tidak tahu bila dan bagaimana penyanyi dan pelakon, Bienda menjalinkan hubungan cinta dengan produser program Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahmanatau Boy.

    Malah,tarikh pernikahan mereka turut dirahsiakan dan ramai yang mendapat tahu hal itu selepas mereka mengadakan satu majlis resepsi.

    Biarpun anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda mengakui bahawa tindakannya itu bakal berhadapan dengan beragam spekulasi namun dia terus nekad untuk merahsiakan tarikh pernikahannya atas permintaan keluarganya dan pihak keluarga Boy.

    Pasangan ini bagaimanapun telah mengadakan satu majlis resepsi besar-besaran bertemakan Arab dan Bollywood serta mengundang ramai pihak termasuk media di Ideal Convention Centre, Taman Prima Selayan gpada 8 Oktober 2010 yang lalu.


    'Wedding of the year'. Itulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan perkahwinan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama pasangannya iaitu Dr Harlina Mohd Yunos.

    Mereka juga adalah antara pasangan yang memilih tarikh 10.10.10 untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. Namun, pemilihan tarikh tersebut juga bersempena dengan ulang tahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar berangkat ke angkasa lepas.

    Apa yang pastinya, majlis persandingan mereka antara yang paling gah diadakan selepas penyanyi No. 1 negara, Dato Siti Nurhaliza.

    Selain mengetengahkan konsep yang lain daripada yang lain iaitu konsep pahlawan Melayu tetapi mempunyai ciri-ciri angkasawan di majlis respsi mereka, ianya juga majlis telah mendapat liputan siaran langsung dari TV3.

    Majlis persandingan dan resepsi mereka yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut menerima kehadiran ramai tetamu VVIP.

    Antaranya ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta selebriti antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh.

    15. Pelakon, penyanyi, Aqasha atau Firdee Aqasha Rosli dengan kakitangan Astro, Baizura Sabri

    Ramai pasangan kekasih yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan pada tanggal 10.10.10 termasuklah pelakon serta penyanyi, Aqasha.

    Dalam usianya mencecah 28 tahun, pelakon dan penyanyi popular, Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha tentunya boleh berbangga apabila telah mengakhiri zaman bujangnya sebagai selebriti tanpa sebarang kontroversi (selepas hubungannya dengan Umii Ada sekarang Darin Paduka berakhir)

    Perkenalan yang terjalin selama dua tahun di antara Aqasha bersama tunangnya yang juga bertugas di stesen TV Astro, Baizura Sabri sudah cukup meyakinkan Aqasha untuk mengahwini wanita yang menjadi pilihan hatinya itu. Aqasha bagaimanapun akan mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran bertemakan ala-ala adat diraja di Shah Alam pada 25 Disember nanti.


    Selain Bienda, seorang lagi selebriti turut mengikut jejak langkahnya untuk berkahwin secara senyap-senyap. Siapa lagi, kalau bukan Saerah Taruddin iaitu adik kepada penyanyi popular No. 1 negara, Dato Siti Nurhaliza.

    Dalam diam dia telah pun melangsungkan pernikahannya bersama pilihan hatinya, Saiful Anuar atau pun lebih dikenali dengan nama Epul, 27, yang diadakan di rumah keluarganya yang terletak di Kuala Lipis, Pahang pada 27 Oktober lalu.

    Selain digemparkan dengan berita pernikahannya yang diadakan secara tiba-tiba dan rahsia itu, ketiadaan kakaknya, Dato Siti Nurhaliza dan suami di hari bersejarahnya, ia secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta tanggapan yang kurang enak.

    Namun, segala-galanya telah dijelaskan oleh Siti sendiri. Dia tdiak dapat hadir di hari pernikahan adikanya kerana terikat dengan komitmen kerja yang perlu diselesaikan di Kota Singapura.

    Malah bagi pihak adiiknya, Siti turut menjelaskan bahawa tindakan Saerah merahsiakan majlis pernikahan itu dari pihak media adalah atas permintaandaripada pihak keluarga lelaki yang inginkan majlis tersebut diadakan dengan lebih privasi dan hanya dihadiri keluarga terdekat.


    Elemen kontroversi memang tak lekang dengan hidup pelakon Raja Farah. Satu persatu kisah kurang enak yang melatari hidupnya sebagai seorang orang seni. Malah, selepas beberapa siri cintanya tidak berpenghujung, pelakon drama bersiri Kau Dan Aku bagi Musim Kedua ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan berita bahawa dia akan berkahwin dalam tempoh waktu yang terdekat.

    Sejak daripada itu, bermulalah rentetan cerita yang kononnya dia ingin mempercepatkan tarikh perkahwinan disebabkan sudah berbadan dua. Bentuk badannya yang agak berisi juga turut menguatkan lagi khabar angin tersebut.

    Namun, semua itu tidak menghalang niat Raja Farah untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, pada 12 November 2010 lalu.

    Pasangan ini juga dijangka akan mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan dan telah merancang destinasi berbulan madu ke Sipadan, Sabah dan juga Rajah Ampat, Indonesia pada Januari 2011.


    Biarpun ramai sudah menjangka penyanyi Kalis Rindu, Elyana akan mengakhiri ikatan pertunangannya dengan Khairul Anuar Hussin pada bulan November, namun dia tetap berselindung setiap kali diajukan persoalan tentang perkahwinan.

    Begitupun, dua minggu sebelum tarikh pernikahannya dilangsungkan pada 19 November 2010, semua tanda tanya itu telah terjawab. Lebih-lebih lagi bila dia melayangkan kad perkahwinannya kepada tetamu undangan dan pihak media.

    Menyulam cinta selama lebih lima tahun bersama kekasih yang kini bergelar suaminya, Khairul Anuar Hussin, 35, gadis yang baru berusia 23 tahun ini nyata cukup yakin bahawa Khairul adalah jodoh tepat buatnya dan mampu membahagiakannya hidupnya.

    Majlis pernikahannya diadakan cukup meriah apabila dia mengenakan baju kurung moden biru Tiffany yang anggun dan sedondon dengan pasangannya. Ianya adalah hasil sentuhan pereka tersohor, Hatta Dolmat.

    Manakala bagi majlis resepsi yang juga diadakan di tempat yang sama iaitu banglo Duches Palace, Jalan Ampang. Kedua-dua merpati sejoli tampak manis mengenakan busana cokelat air rekaan Zery Zambri

    Malah, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut sempat meluangkan masa untuk merenjis air mawar kepada sang mempelai.


    Siapa sangka pada usianya yang sudah mencecah setengah abad, pelawak Zaibo atau telah dipertemukan jodoh bersama janda anak tujuh, Siti Hawa pada 3 Disember 2010 yang lalu. Zaibo juga adalah antara artis yang mendirikan rumahtangga pada hujung penghujung tahun 2010.

    Bermula dengan hubungan rapat seperti seorang abang dan adik, perkenalan rapat Zaibo dan Siti Hawa yang menjangkau selama tiga tahun itu bagaimanapun telah melahirkan bibit-bibit cinta di antara mereka.

    Akhirnya mereka telah disatukan sebagai suami isteri. Majlis pernikahan mereka juga telah diraikan dalam suasana yang serba ringkas dan sederhana di rumah Siti Hawa yang terletak di Batu Pahat, Johor.


    Perkahwinan pengacara jelita, Marion Rose Caunter dengan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin ini nampaknya telah menjadi perkahwinan paling meletup pada saat tirai tahun 2010 dilabuhkan.

    Biarpun hubungan mereka dikatakan pernah mendapat tentangan daripada pihak di sebelah keluarga lelaki, namun semua itu tidak lagi menjadi penghalang untuk mereka disatukan sebagai suami isteri.

    Akhirnya pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di kediaman pihak lelaki di Bukit Tunku pada 16 Disember 2010 yang lalu. Sebelum itu, Marion terlebih dulu memeluk Islam pada bukan November.

    Majlis pernikahan tersebut telah diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat. Tiada pihak media tempatan yang diundang untuk membuat liputan sebaliknya hanya E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.

    Pengacara E! News Asia ini juga memilih busana baju kurung moden putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim untuk digayakan sewaktu majlis pernikahannya itu dilangsungkan.

    Sementara itu, Hotel Mandarin telah dipilih sebagai lokasi untuk pasangan pengantin ini mengadakan majlis resepsi mereka selama 2 hati berturut-turut bermula pada 18 Disember 2010. Pada majlis ini, Marion, 30 telah menyarungkan pakaian pengantin rekaan Vera Wang.

    Menariknya, dalam masa terdekat ini sebuah lagi majlis bakal diadakan bagi meraikan pengantin di kepulauan Maldives pula. Menyingkap perkenalan mereka, pengacara kelahiran Pulau Pinang itu telah pun menjalinkan hubungan cinta dengan pewaris kumpulan Naza itu sejak lima tahun lalu

    sumber: Murai.com

    @: perkahwinan itu indah ahah~


    Responses

    2 Respones to "20 Perkahwinan Selebriti Malaysia Paling Sensasi 2010"

    Liz said...

    moga berkekalan ya


    December 24, 2010 at 2:34 PM
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com